Serius : Belanda Bawa Balik 122 Tan Emas Ke Amsterdam Dari New York (2 Gambar)






Amsterdam – Bank Negara Belanda baru-baru ini telah menerima semula 122.5 tan emas bernilai kira-kira 4 Billion Euro dari sebuah tempat simpanan di New York.



Dalam satu kenyataan memetik laporan asal dari CNBCNews pada pagi Jumaat ini, sebanyak 612.5 tan rezab emas negara tersebut yang kini dibahagikan kepada 31 peratus di Amsterdam, 31 peratus di New York, 20 peratus di Ottawa, Kanada dan selebihnya sebanyak 18 peratus di simpan di London.






Tempat simpanan rezab emas di New York






Menurut kenyataan itu lagi, “Dengan pelarasan ini Bank Negara Belanda menyertai bank-bank lain yang sedang menjaga bahagian yang lebih besar daripada bekalan emas mereka di negara mereka sendiri,”



“Tambahan lagi kami menyalurkan kepada setiap bank supaya rizab emas kekal seimbang dan memberi keyakinan dan kepercayaan positif oleh orang ramai. -


Category Article

What's on Your Mind...