WTF : Pelajar Universiti Cambridge Anjur Pertandingan Punggung Tercantik

UNIVERSITI Cambridge di United Kingdom sememangnya dikenali sebagai salah satu institusi pengajian tinggi terunggul di dunia.





Tapi tak kesemua penuntutnya ‘bijak pandai’ apabila sesetengah mereka suka rela menayangkan punggung untuk tatapan umum bagi menyertai pertandingan ‘Punggung Tercantik’ yang dianjurkan kesatuan pelajar di sana.



Memetik laporan dari sebuah blog Mynewshub hari ini, difahamkan ramai penuntut dari pelbagai jurusan mengambil bahagian dalam pertandingan ini hingga akhirnya hanya 12 pelajar yang tinggal terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan sebagai finalis.



Ini merupakan tahun ketiga penganjuran pertandingan seumpama itu dan kali ini dilihat lebih meriah kerana salah seorang daripada pesertanya memilih tema gambar meniru gaya bogel sosialis terkenal, Kim Kardashian yang menjadi sensasi Internet, baru-baru ini.










Gambar-gambar mereka kemudiannya akan disiarkan dalam laman web akhbar kampus itu yang mana rakan-rakan pelajar yang lain boleh mengundi pelajar yang memiliki punggung paling cantik.



Walaupun ramai pelajar teruja mengambil bahagian dalam pertandingan ini, namun ada juga segelintir yang tidak bersetuju dengan penganjuran acara seperti ini yang dilihat boleh menjatuhkan prestij universiti terbabit yang berada dalam kelasnya tersendiri.



Pihak universiti walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penganjuran acara tersebut.


Category Article

What's on Your Mind...