Anggota Tentera Maut Gara-gara Menggergaji Bom Mortar Di Rumah (2 Gambar)

Perkembangan terkini mengenai kes letupan bom di sebuah rumah di Taman Mesra Ria, Gurun, Kedah.









Hasil siasatan polis mendapati letupan bukan berpunca dari tong gas atau bom tangan. Tetapi letupan daripada bom mortar yang telah meragut tiga nyawa termasuk anggota tentera dan anaknya, seperti yang dikongsikan dari sebuah blog, hari ini.



Di bawah adalah screenshot laporan semasa dari pihak Bomba yang turut dikongsikan melalui aplikasi Whatsapp:






Polis kini sedang menyiasat bagaimana anggota tentera yang berusia 37 tahun itu boleh memiliki bahan letupan berkenaan di rumahnya.



Siasatan juga memberi tumpuan pada motif lelaki terbabit yang dipercayai cuba menggergaji objek berbentuk bom mortar berikutan terdapat beberapa saksi yang ternampak anggota tentera terbabit berbuat demikian di belakang rumahnya sebelum terjadinya letupan itu.



Hasil siasatan juga menemui beberapa serpihan bahan letupan bertanda kegunaan pasukan keselamatan negara di lokasi kejadian dalam radiuis satu meter.


Category Article

What's on Your Mind...