Cerita Sebenar Wanita Bertudung Diculik Warga Myanmar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap sebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan berlakunya aktiviti kanibalisme di Bukit Mertajam.






Memetik dari laporan sebuah blog semlam, pesanan tersebut mengatakan terdapat sekumpulan warga Myanmar di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang menculik wanita memakai tudung sebelum membunuh dan memakan mangsa.



PDRM dalam satu kenyataan rasmi pada hujung minggu lalu, mengesahkan bahawa maklumat berkenaan adalah palsu.



Ia disebarkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk menakutkan orang ramai.



Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang tidak berasas ekoran boleh membangkitkan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.



Kredit gambar: newsredapple


Category Article

What's on Your Mind...