Chef Wan – Silap Hari, Kencing Pun Berselerak Lagi




Datuk Chef Wan menyuarakan pendapatnya mengenai berita perkahwinan remaja dalam usia yang muda.





Chef selebriti itu memang terkenal dengan kelantangan suara serta pendapatnya telah menyentuh isu terbaru yakni perkahwinan Muaz yang hanya berusia 15 tahun.



Personaliti berusia 56 tahun ini ternyata tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut dan merasakan waktu muda remaja adalah afdal dihabiskan dengan sesi persekolahan.



Muaz, 15 tahun mendapat persetujuan kedua-dua keluarga untuk berkahwin dengan gadis pilihannya yang berusia 17 tahun selepas berkenalan selama dua bulan.



“Bukan ke waktu umur begini anak-anak muda perlu bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin hidup di masa hadapan? Umur 15 nak kerja apa untuk tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing itu berselerak lagi, tegas Chef Wan.



Remaja lelaki itu ketika ditemubual surat khabar Berita Harian menyatakan hasratnya yang mahu berhenti belajar sejurus menerima keputusan peperiksaan PT3.



“Masih ada yang mengambil perihal perkahwinan ini sebagai satu perkara yang mudah tanpa memikir betapa besar tanggungjawab sebagai ibubapa kelak. Jika seluruh negara mempunyai pemikiran sebegini, cuba bayangkan masa depan negara nanti,” tambah beliau lagi.



Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail menyarankan anak muda supaya belajar menjadi bertanggungjawab dahulu sebelum mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga, lapor dari sebuah portal tempatan semalam.


Category Article

What's on Your Mind...