Fakta Mengenai Filem Home Alone Yang Anda Tidak Tahu




Setiap kali menjelangnya hujung tahun dan perayaan Hari Natal kunjung tiba pastinya ramai yang mula menyelongkar dan menonton semula filem Krismas kegemaran.





Tentunya filem Home Alone menjadi pilihan ramai ekoran keletah serta aksi lucu Kevin McCallister (lakonan Macaulay Culkin) menentang dua penjahat iaitu Harry (Joe Pesci) dan Marv (Daniel Stern) yang cuba untuk merompak rumahnya.



Kini hampir 24 tahun filem arahan Chris Columbus ini menemui layar perak. Home Alone kini menjadi sebuah fancais filem apabila disusuli oleh empat buah filem sekuel.



Memetik artikel yang digarap semula di sebuah blog, ayuh ketahui 9 fakta yang anda tidak tahu mengenai filem Home Alone!



1. Pelakon Aksi






Masih ingatkan anda akan beberapa aksi bahaya Kevin seperti sleeding salji di dalam rumah, memanjat rak sehingga runtuh atau zip lining ke rumah pokok?



Pihak produksi sebenarnya menggunakan pelakon aksi bernama Larry Nicholas untuk melakonkan aksi berbahaya ini. Stuntman berusia 30 tahun itu mempunyai susuk tubuh yang kecil dan ketinggian yang sama dengan Macaulay Culkin semasa filem dirakam.



2. Hampir Dilanggar






Meskipun hampir kesemua adegan berbahaya menggunakan pelakon aksi namun babak di mana Kevin hampir dilanggar ini dilakonkan sendiri oleh Macaulay Culkin!



Adegan ini amat berbahaya maka ia telah dirakamkan dengan keadaan terbalik. Maksudnya kereta bergerak secara ke belakang sama seperti reaksi muka Kevin.



3. Salji






Home Alone merupakan filem yang berlatarbelakangkan musim sejuk ekoran ditayangkan semasa sambutan Krismas. Tetapi tahukah anda bahawa salji yang dilihat dalam filem berkenaan bukannya salji betul?



Ia sebenarnya adalah emping atau serpihan kentang yang dikisar. Tambahan pula kipas angin membantu menjadikan keseluruhan filem tampak benar! Tidakkah ‘salji’ palsu itu sepatutnya berwarna kuning?




4. Kesan Gigit






Pelakon Joe Pesci yang membawa watak Harry benar-benar menjiwai aksaranya. Semasa adegan Kevin digantung oleh kedua perompak di dalam rumah, Harry mengertak kanak-kanak itu dengan mengatakan bahawa dia mahu mengigit jarinya.



Semasa sesi lakonan Joe telah mengigit secara betul sehingga menyebabkan jari Macaulay Culkin luka. Masih ada parutnya sehingga kini.



5. Teman Wanita Buzz






Tentu anda tidak dapat melupakan babak Kevin menyelongkar kotak simpanan barang Buzz? Dia menjumpai bingkai gambar yang memuatkan gambar teman wanita abangnya lalu membuat reaksi menyeringai.



Tahukah anda orang di dalam gambar itu sebenarnya adalah lelaki? Pihak produksi mahu menggunakan gambar seorang gadis yang benar-benar buruk. Bagi menggelakkan orang sebenar dicemuh kemudian hari, mereka memakaikan alat solek dan menukar seorang krew lelaki menjadi wanita.



6. Tarantula






Adegan di mana watak Marv ditakutkan dengan labah-labah Tarantula benar-benar dilakonkan sendiri oleh Daniel Stern.



Tetapi Daniel hanya membenarkan aksi itu dibuat sekali sahaja tambahan pula dia perlu berjaga-jaga kerana jeritan boleh menakutkan haiwan artropod berkenaan.



7. Pelabur Tidak Berminat






Home Alone adalah filem berbajet kecil dan tidak mempunyai ramai pelabur. Filem sepanjang 103 minit ini sebenarnya kelolaan produksi Warner Bros sebelum 20th Century Fox mengambil alih projek lantas menambah sedikit lagi bajet menjadi USD 17 juta (RM 59 juta).



Siapa sangka Home Alone mendapat sambutan hangat lantas menduduki tangga pertama selama 12 minggu! Filem komedi keluarga ini turut menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 1990 yakni sebanyak USD 476,684,675 (RM1.66 billion) meskipun mula ditayangkan pada 16 November.



8. Efek Khas






Bajet yang kecil, mengekang keinginan pihak produksi untuk mempunyai efek khas yang menarik. Sebaliknya mereka menggunakan khidmat seorang anak muda bernama Kevin Nordeen dengan upah yang murah.



Kevin hanya mengenakan bayaran rendah untuk setiap efek khas yang dibuat iaitu sekitar USD200 (RM 697), USD 500 (RM 1,742) dan USD 600 (RM 2,091).



9. Ornamen Krismas






Bagi menghalang Marv dari memasuki rumah, Kevin ada meletakkan pelbagai ornamen Krismas di tepi tingkap rumah. Sejurus melihat karekter Marv terpijak hiasan tersebut, pasti ramai yang terkumit turut merasakan kesakitan yang dialaminya.



Adegan terbabit benar-benar dilakonkan sendiri Daniel Stern tanpa memakai kasut. Meskipun tanpa bantuan kesan khas namun perhiasan tersebut sebenarnya diperbuat dari gula-gula. Tetapi sakit bukan jika terpijak gula-gula keras?



Terasa mahu menonton semula bukan filem Home Alone selepas membaca?



Category Article

What's on Your Mind...