Serius : 5 Wanita Yang Terkenal Di Malaysia






5 Wanita Yang Terkenal Di Malaysia | Wanita sering menjadi tulang belakang kejayaan seorang lelaki. Ibu, Isteri malah anak merupakan orang yang sentiasa ada untuk memberikan sokongan malah menjadi tempat untuk kita mengadu sebarang masalah. Bukan sahaj lelaki yang mampu berjaya, tetapi wanita juga mampu berjaya seperti lelaki. Nah, GK senaraikan 5 wanita yang popular di Malaysia dan pasti anda semua mengenali mereka..



1. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz






Merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ketujuh sejak May 2000. Beliau juga merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting negara tersebut.



2. YB Nurul Izzah Anwar






Beliau merupakan salah seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah adalah anak sulung kepada ketua pembangakang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ibunya, Wan Azizah Wan Ismail adalah presiden PKR.



3. Dato’ Ambiga Sreenevasan






Ambiga adalah seorang peguam dan merupakan Presiden Malaysian Bar Council dari tahun 2007 hingga 2009. Dia juga pernah menjadi Pengetua. Selain itu Ambiga turut dikenali sebagai pengerusi pengajur kepada perhimpunan BERSIH yang diadakan di Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memaksa kerajaan supaya membersihkan negara dari rasuah, penipuan pilihanraya, dan serta memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara.



4. Datin Rosmah Mansor






Beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Mereka berkhawin pada tahun 1987. Romah selalu dikritik terutamanya di laman sosial mengenai sikap boros dan sering dikatakan mengawal tindak tanduk suaminya. Rosmah sebenarnya memegang banyak jawatan seperti Presiden BAKTI dan penaung kepada banyak badan amal dan badan sukan seperti PERMATA, Yayasan Talasemia, Yayasan Institut Jantung Negara dan juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).



5. Tan Sri Michelle Yeoh






Michelle Yeoh adalah seorang pelakon bertaraf antarabangsa yang sering berlakon dalam filem-filem aksi blokbuster Hong Kong yang poplar sekitar tahun 1990an. Di dunia barat, dia menjadi popular menerusi watak Wai Lin dalam filem sekuel James Bond pada tahun 1997, Tomorrow Never Dies, di samping pelakon popular, Pierce Brosnan. Antara filem lakonannya yang pernah memenangi anugerah berprestij ialah Crouching Tiger Hidden Dragon dan dari filem itulah dia mendapat pencalonan BAFTA.





Category Article

What's on Your Mind...