SERIUS : APA SEBAB PERMOHONAN BR1M 2015 GAGAL?






APA SEBAB PERMOHONAN BR1M 2015 GAGAL? I Kepada yang ingin atau telah atau sudah memohon BR1M 2015, anda perlu baca beberapa sebab permohonan BR1M 2015 gagal dan anda tidak layak untuk bermohon. Sila ambil berat dan jangan sambil lewa sahaja.



SEBAB PERMOHONAN BR1M 2015 GAGAL



1) Permohonan Tidak Diluluskan



- Masalah ini terjadi kepada pemohon baru, kemungkinan maklumat yang diberikan tidak tepat semasa mengisi borang pendaftaran. Dalam hal ini segala maklumat yang diberikan oleh pemohon akan disemak oleh pihak yang terbabit secara terperinci. Jika terdapat sebarang keraguan terhadap maklumat itu, mungkin faktor berkenaan akan membuatkan permohonan ditolak



2) Tidak Mengemaskini Maklumat Peribadi



- Masalah ini berkait dengan penerima BR1M sedia ada, mungkin terdapat perubahan maklumat diberikan dahulu yang perlu dikemaskini untuk tahun ini. Tetapi penerima tidak melakukannya.



3) Kesalahan Ketika Mengemaskini Maklumat Peribadi



- Setiap orang tidak terlepas dari membuat kesilapan, dan faktor ini mungkin antara puncanya. Sebagai contoh yang terdekat iaitu “nama dalam kad pengenalan tidak sama dengan nama dalam akaun bank”



4) Jumlah Pendapatan Bulanan Tidak Tepat



- Semasa mengisi maklumat berkaitan pendapatan bulanan, mungkin penerima ala kadar membuat kiraan. Malah penulis difahamkan ada yang mengisi “0” pada ruangan pendapatan kasar bulanan , walhal pemohon seorang yang mempunyai pekerjaan



MOHON BR1M 2015 SECARA ONLINE SEKARANG!





Category Article

What's on Your Mind...