WTF : Cerita Sebenar ‘Jambatan Bunian’ Di Port Dickson (4 Gambar)

Adakah anda pernah mendengar cerita dari penduduk setempat mengenai ‘Jambatan Bunian’ yang dibina di Lebuhraya sepanjang perjalanan menuju ke Port Dickson?





Bila ada saja perkataan ‘Bunian’ maka terdetik di minda kita adakah ini benar atau sekadar tahyul atau cerita-cerita dari penduduk yang kadang-kala menjadi tokok tambah hinggalah cerita sebenar disebalik jambatan ini lenyap begitu saja.



Kami memetik sumber dari sebuah blog Orangkampungcyber.Blogspot danN9Kini, ada menyatakan tentang asal usul jambatan yang dibina di lebuhraya ini.



Menurut cerita yang kedengaran dari mulut orang ramai, jambatan ini dibina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas, ya.. bunyinya agak kelakar dan ada yang menambah kononnya jambatan itu dibina atas nasihat orang-orang tertentu yang arif mengenai unsur mistik dan misteri ini.



Akan tetapi, jika dilihat gambar yang dikongsikan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya kemana jambatan tersebut menghala kerana di awal jambatan tersebut dan pengakhirannya hanyalah yang nampak adalah hutan tebal dan disebabkan itulah pelbagai versi cerita wujud disebalik pembinaan jambatan ini.













Menurut sumber itu lagi, setelah mengkaji akhirnya kebenaran terjawab dan sesungguhnya jambatan yang dibina ini bukanlah untuk kegunaan ‘orang ghaib’ atau bunian seperti yang didakwa sebelum ini.



Jambatan itu dibina bertujuan untuk binatang liar melintas dan kemudahan ini telah diaplikasikan sejak sekian lama di negara luar.






Animal Bridge, Montana USA






Green Bridge, Boeblingen Germany






Ecoduct De Woeste Hoeve, Netherlands


Category Article

What's on Your Mind...