WTF : Kenapa Lelaki Ini Begitu Kagum Pada Indra Putra?

Seorang lelaki warga Indonesia bernama Fachriy Aboe Syazwiena ini kagum dengan personaliti Indra Putra yang memberi respon positif kepada kekhuatiran penyokong/peminatnya terhadap fesyen rambut yang menyalahi hukum agama. Fachriy juga kagum dengan keprihatinan dan pengetahuan penyokong/peminat bola sepak tentang qaza.





Ini adalah terjemahan yang dipetik dari sebuah blog berdasarkan teks asal Fachriybagi memudahkan pembacaan anda.




Fachriy Aboe Syazwiena:



Pemain Bola dan Supporter yang Aneh



Namanya Indra Putra, salah seorang pemain bola sepak Malaysia. Setelah dinasihati kerana memotong rambut dengan model Qaza’, dia pun segera membotakkan kepalanya. Khabarnya, dia adalah pemain yang menutup aurat (peha-lutut) ketika beraksi di padang.



Di fanpagenya, Indra mengutarakan:



“Pada yg bg nasihat n teguran kat potongan rambut sy,terima kasih banyak2..maaf pada sapa2 yg kurang senang dgan gaya rambut tersebut,sy terima teguran dngan hati terbuka,insyaallah lain masa sy akan lebih berhati2 dalam memilih fashion rambut..excited final…jom!!kita teruskan menyokong pasukan harimau malaya..demi maruah,demi malaysia!!harimau malaya bolehh!! -1nd23-.”



Hebat ya Malaysia:





Sekelas pemain bola saja tahu tentang Qaza’ sebuah istilah sangat asing di telinga kebanyakan lelaki Indonesia. Ini menandakan ilmu tentang halal dan haram tersebar pula disana.



Adakah pemuda dan pemain bola Indonesia faham tentang Qaza’ ?



Ini menandakan kita masih hampa dengan ilmu syar’ie.



Berbicara tentang supporter? Aneh dan ajaib kan sekelas supporter faham tentang Qaza’? Luar biasa, kan?



Aneh juga kan mereka begitu perhatian kepada pemainnya ‘hanya’ kerana rambut?



Aneh juga kan seorang bintang bola sepak mudah menerima kebaikan dan nasihat walaupun “hanya” tentang rambut?



Hebat ya Malaysia. Nah, bagaimana dengan pemain Indonesia?



______________________________



Qaza’ bermaksud mencukur sebahagian rambut di kepala dan dibiarkan sebahagian yang lain seperti gambarajah di bawah ini:






Qaza‘ ialah fesyen rambut yang dibuat sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.



Jangan terkeliru, menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.



Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :



“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).” (Hadis riwayat Abu Daud)



Larangan qaza’ ini terkecuali kepada mereka yang bertujuan untuk perubatan. Contoh pembedahan di kepala.


Category Article

What's on Your Mind...