WTF : Mati Intai Isteri Orang Celah Tingkap




Seorang pemuda maut dibelasah lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri kepada seorang daripada suspek di Kampung Bujar, Air Jernih, Ahad lalu, lapor dari portal MyMetro awal pagi tadi.





Mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kemaman (HK) akibat parah di beberapa anggota badan selain pendarahan di hidung dan telinga.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital jam 12.01 tengah malam kelmarin memaklumkan ada menerima mayat seorang lelaki.



Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Kemasik jam 9 malam, namun dirujuk ke HK kerana cedera di dada, tangan dan dahi selain pendarahan di hidung dan telinga.



“Hasil siasatan mendapati mangsa dipukul lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri kepada seorang daripada suspek berusia 20-an melalui tingkap nako sebuah rumah yang terletak di kawasan kebun kelapa sawit.



“Suami wanita terbabit dipercayai gagal mengawal kemarahan selepas mengetahui perbuatan mangsa dan memerangkap lelaki terbabit bersama empat rakannya sebelum membelasah mangsa jam 8.30 malam,” katanya.


Category Article

What's on Your Mind...