WTF : PESANAN IBU KEPADA ANAKNYA AGAR TIDAK MENGANDUNG




Seorang wanita memberikan nasihat paling bodoh kepada anak perempuannya yang berusia 22 tahun untuk mengelak daripada mengandung, iaitu dengan memasukkan kentang dalam alat su litnya.





Namun teknik yang digunakan oleh wanita itu nyata membawa padah apabila kentang itu tumbuh akar dalam alat su lit gadis itu.



Kejadian itu disedari oleh gadis tersebut selepas dia menemui doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.



Dia kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Honda.



“Ibu saya memberitahu saya jika saya tidak mahu mengandung maka saya perlu memasukkan kentang dan saya percaya cakapnya,’’ katanya ketika mendedahkan mengenai perkara berkenaan kepada doktor.



Kisah itu dilaporkan oleh laman web Colombia Reports.



Doktor kemudiannya melakukan pembedahan membuang kentang tersebut dan nasib baik kesihatan wanita itu tidak terjejas.



Susulan itu jururawat dan doktor di hospital berkenaan telah memberikan syarahan panjang lebar kepada ibunya yang memberikan nasihat tidak masuk akal kepada anaknya.



Kes pelik ini membuka banyak pihak di Colombia mengenai kurangnya pengetahuan mengenai pendidikan se ks meskipun pendidikan tersebut adalah mandatori di negara Amerika Selatan


Category Article

What's on Your Mind...