5 Putera Raja Paling Kacak Di Dunia






Hampir semua wanita di dunia ini telah membesar sambil membaca dan melihat cerita-cerita fairy tale. Oleh itu, gadis mana yang tidak ingin menjadi pasangan hidup seorang putera diraja?



Walaupun peluang gadis-gadis biasa seperti kita untuk berkahwin dengan seorang putera adalah tipis, tetapi ianya tidak salah untuk kami bermimpi,bukan?



Berikut adalah antara putera-putera yang paling tampan dan menjadi kegilaan wanita seperti yang kami petik dari perkongsian di sebuah portal Mylaunchpad.



1. Putera Carl Philip






Putera Carl Philip dari Sweden, 41, adalah seorang putera yang sangat tampan dan berbakat. Dia adalah ahli waris taktha yang ketiga untuk negara Sweden selepas kakaknya Victoria dan anak saudaranya Estelle.



Hobinya termasuk bermain ski dan memandu kereta lumba. Carl Philip telah mencetuskan kontroversi apabila mula berpacaran dengan bintang realiti television, Sofia Hellqvist pada tahun 2010. Pasangan ini akan berkahwin pada tahun ini. Bye bye to another handsome royal prince!



2. Putera Andrea Albert Pierre Casiraghi






Putera Andrea dilahirkan di Monaco pada 8 Julai 1984 dan merupakan cucu kepada mendiang putera Rainier dan Grace Kelly. Pada suatu ketika, neneknya Grace Kelly adalah seorang pelakon yang sangat terkenal di Amerika Syarikat.

Putera Monaco ini dikenali sebagai playboy kerana wajahnya yang sangat tampan. Pada tahun 2011, putera ini diberi tempat kedua sebagai putera yang paling tampan selepas putera Carl Philip dari Sweden. Seorang yang fasih dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis dan Jerman, dia juga gemar bermain bola sepak dan bersukan air.



3. Putera Amedeo






Ahli waris yang keenam untuk taktha negara Belgium, putera Amedeo, 29, adalah anak sulung kepada Putera Lorenz dan Puteri Astrid. Pada 5 Julai 2014, dia telah berkahwin dengan teman wanitanya, Elisabetta Rosboch von Wolkenstein selepas bersama untuk tujuh tahun.



Satu perkara yang menarik tentang putera Belgium ini adalah dia mempunyai hubungan darah dengan keluarga diraja Austria, Belgium, Itali, Perancis, Swedish dan Spain. Oleh itu, dia mempunyai nama penuh yang amat panjang iaitu Amedeo Marie Joseph Carl Pierre Philippe Paola Marcus d’Aviano.



4. Putera Félix Léopold Marie Guillaume






Anak kedua Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa daripada Luxembourg, Putera Félix dilahirkan pada 3 Jun 1984 dan adalah waris seterusnya untuk takhta. Seperti putera yang lain, dia gemar bersukan terutamanya dalam permainan bola sepak, bola keranjang dan tenis.



Dia juga pandai berfasih dalam bahasa Perancis, Inggeris Jerman, Sepanyol dan Itali. Bersama isterinya, dia tinggal di selatan negara Perancis dan menguruskan estet wain Chateau les Croste yang kepunyaan keluarganya.



5. Putera Philippos






Pada tahun 1974, negara Greece telah menghapuskan pemerintahan diraja. Oleh itu, putera Philippos yang dilahirkan pada 26 April 1986 tidak mempunyai taktha yang rasmi. Walaupun begitu, putera ini mempunyai ijazah daripada universiti yang terkemuka di Amerika Syarikat dan kini bekerja di New York.


Category Article

What's on Your Mind...