Fazura Nafi Terlibat Dalam Video Lucah Berdurasi Seminit

Fitnah yang melanda pelakon, model dan terkini juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 31, apabila video lucah palsu disebarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab akhirnya melibatkan sistem perundangan negara.






Menurut Fazura yang baru-baru ini menjadi penghias kulit majalah ELLE Malaysia edisi Januari 2015, dia telah menghantarkan kenyataan akhbar rasmi dan buat masa ini dia tidak boleh mengulas lanjut.



“Kenyataan akhbar ini adalah untuk menjelaskan bahawa saya telah menerima panggilan telefon dari seorang rakan wartawan akhbar Harian Metro bahawa seorang penghantar email yang menggunakan alamat email yahoo.com ingin menyebarkan sedutan video lucah dan cuba mengaitkan video itu dengan saya.



“Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana video lucah dan dengan yang demikian saya telah membuat satu laporan polis pada minggu lalu untuk membolehkan pihak polis dan SKMM membuat siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang penghantar email tersebut.



“Saya telah pun mendapatkan nasihat daripada peguam saya dan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap penghantar email tersebut diatas perbuatannya itu,” ujar Fazura dipetik sebagai berkata.



Untuk info, video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tanpa identiti sah kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu. Khabarnya video tersebut memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki. -Murai via Myartis


Category Article

What's on Your Mind...