Guna WeChat Promosi Khidmat Seks






Sebahagian wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai GRO, diberkas polis dalam serbuan ke atas sebuah premis tanpa papan tanda perniagaan di Jalan Ipoh. – Foto PDRM



Sebuah premis perniagaan tanpa sebarang papan tanda di Jalan Ipoh, ibu negara, rupa-rupanya sebuah sarang pelacuran. Ketiadaan papan tanda perniagaan bukanlah satu masalah, kerana pengusahanya menggunakan teknologi aplikasi laman sosial ‘WeChat’ untuk mempromosikan khidmat seks yang ditawarkan pelayan pelanggan (GRO) di premis berkenaan.



Bagaimanapun, kegiatan serta taktik itu terbongkar, apabila diserbu sepasukan polis dari Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, awal pagi tadi. Menurut jurucakap polis, premis pelacuran tanpa nama itu menawarkan khidmat seks berkonsepkan spa, dengan mengenakan bayaran RM158 bagi setiap perkhidmatan.



“Siasatan awal mendapati, premis ini tidak mempunyai papan tanda, tetapi menggunakan aplikasi WeChat untuk memasarkan perkhidmatan mereka,” katanya. Dalam serbuan bermula jam 10 malam Sabtu hingga jam 2 pagi tadi itu, tujuh wanita dari Vietnam dan China, yang dipercayai bekerja sebagai GRO di premis itu ditahan.



“Semua warga asing yang berusia 23 hingga 32 tahun ditahan untuk siasatan,” katanya. Semua wanita warga asing terbabit mempunyai pasport sah, tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai GRO di negara ini. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai penjaga premis itu turut ditahan. -TheRakyatPost


Category Article

What's on Your Mind...