Isteri Diperintah Bayar RM44,100 Fitnah Suami Di Facebook




Sebuah mahkamah di sini semalam mengarahkan seorang wanita membayar AS$12,500 (RM44,100) kepada suaminya selepas dia memalukannya dalam Facebook dengan mendakwa lelaki itu melakukan keganasan rumah tangga.





Wanita itu dalam akaun Facebooknya menulis pada 12 Disember lalu: “Robyn Greeuw telah berpisah dari Miro Dabrowski, selepas 18 tahun menderita keganasan rumahtangga dan penderaan,” lapor Sydney Morning Herald.



Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Australia Barat memutuskan Dabrowski, guru sekolah, dengan berkata, Robyn tidak dapat membuktikan kenyataannya itu benar, lapor portal MyMetro hari ini.


Category Article

What's on Your Mind...