Wanita Diselamatkan Dalam Keadaan Bogel Di Serombong Asap Rumah Bekas Suami






ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan pendiangan untuk menyelamatkan wanita berkenaan



Woodcrest (California): Seorang wanita terpaksa diselamatkan selepas tersekat dalam serombong ketika cuba memasuki rumah bekas suaminya dalam keadaan berbogel pada awal pagi.



Memetik laporan dari portal MyMetro, wanita berusia 35 tahun itu menanggalkan pakaiannya dengan harapan ia akan memuatkannya untuk memasuki serombong berukuran 30.5 x 30.5 sentimeter itu.



Bagaimanapun, selepas turun separuh jalan, dia tersekat dan terpaksa meminta bantuan pada jam 5 pagi.



Gambar yang dirakam anggota bomba menunjukkan kaki wanita itu yang kotor terjulur dalam serombong berkenaan sebelum dia diselamatkan.



Di rumah itu, Tony Hernandez, bapa tiga anak wanita berkenaan berkata, bekas isterinya cuba memasuki rumahnya itu sejurus sebelum 5 pagi tetapi mendapati pintu berkunci.


Category Article

What's on Your Mind...