2 Rakyat Malaysia Yang Pernah Menjadi RAF Fighter Pilot Ketika Perang Dunia Ke-2 (Gambar)

The Talalla Brothers






Kisah ini mungkin tidak ramai yang tahu dan tidak pernah dirangkumkan di dalam buku sejarah. Yang kita tahu dan pelajari selama ini berdasarkan buku teks sejarah adalah orang Malaya memang terlibat dengan peperangan di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura dan tidak dilupakan kisah pembinaan Landasan Keretapi Burma dan peperangan Borneo ketika Perang Dunia Kedua suatu ketika dulu.



Bagaimana pula dengan pasukan ‘Air Force’?



Tapi tahukah anda bahawa rakyat dari Tanah Melayu suatu ketika dulu pernah menyertai pasukan Air Force dan memikul tugas sebagai juruterbang pesawat tempur ketika Perang Dunia Ke-2 dulu, dan pernah terlibat dengan misi di sekitar Eropah seperti di Perancis dan Britain.



Lebih jelas lagi gambarannya, mungkin anda yang pernah menonton filem-filem berkisar perang dunia ke-2 dapat gambarkan suasana di Eropah ketika berlakunya perang menentang tentera Jerman Nazi suatu ketika dulu.



Kisah 2 Orang rakyat Malaya bergelar ‘RAF Fighter Pilot’






Sejarah bermula apabila Hewage Benjamin Talalla yang berasal dari Ceylon (Sri Lanka), datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1900-an untuk bekerja dan menjalankan perniagaan dan setelah lama bermastautin, dia bergelar warga Malaya.



Minat mendalam dalam bidang penerbangan membuatkan Tallala menyuruh dua anak lelakinya, Henry dan Cyril Talalla yang ketika itu masih bersekolah di Victoria Institution di Kuala Lumpur untuk menyertai sebuah Kelab Penerbangan.



Pada tahun 1939 ketka perang mula tercetus, Talalla mensarankan anak lelakinya Henry dan Cyril menyertai Pasukan Tentera Udara iaitu Royal Air Force (RAF).



Henry dan Cyril berjaya dipilih untuk menyertai pasukan tersebut (RAF). Mereka adalah pasukan tunggal yang dipilih dari Zon Malaya untuk menyertai Pasukan Udara British ketika itu.



Mereka dihantar ke Kanada untuk menjalani latihan mengendalikan Pesawat Tempur (Fighter Aircraft) seperti Hurricane dan Spitfire.







Henry dan Cyril ditugaskan memandu pesawat tempur jenis Hurricane dan misi pertama mereka, mereka ditugaskan untuk bertempur menentang Jerman Nazi, hinggalah misi ‘Inavsion Day’ D-Day di Normandy France turut mereka terlibat.






Tahap tertinggi dipegang oleh dua beradik ini adalah mereka diberi tugas untuk mengendalikan Pesawat Tempur jenis Hawker Typhoon yang ketika itu memiliki teknologi canggih dan disitilahkan sebagai pesawat ‘bomber’.






Pesawat Tempur jenis Hawker Typhoon ‘Bomber’



Henry Terbunuh



Ketika mengendalikan pesawat pejuang, Henry Talalla ketika itu memandu pesawat Hawker Typhoon telah terbunuh akibat ditembak oleh tentera Jerman menggunakan meriam ’88 Anti Aircraft’.










Pihak Marquis iaitu Gerilla bawah Tanah yang berpengkalan di Perancis telah mengebumikan mayat Henry. Dalam masa yang samam Cyril masih lagi berjuang dan tidak lama selepas itu beliau dilantik sebagai jurulatih pesawat tempur bagi pasukan Royal Air Force (RAF)



Beberapa tahun selepas itu, bapa mereka Hewage Talalla mengetahui akan anaknya telah gugur ketika dalam peperangan mendesak pihak berkuasa Perancis dan British mengenal pasti mayat anaknya dan mencari kubur tempat persemadian mayat Henry.



Kubur Henry dijumpai dan Hewage menggesa agar mayatnya dipindahkan ke dataran yang menempatkan kubur-kubur tentera yang gugur ketika perang menentang Jerman dalam misi di Normandy, France.






Dan hingga kini upacara mengingati para pejuang RAF serta acara menaikkan bendera dilakukan dan salah satu bendera yang dinaikkan ialah bendera Malaysia berdasarkan tempat kelahirannya, Malaya. -HarianBlogger.Com



Diolah semula dari sumber: zulheimymaamor & PanggilanPertiwi


Category Article

What's on Your Mind...