7 Individu Yang Layak Menerima Gelaran Datuk






Kecoh satu negara apabila Jackie Chan dikurniakan gelaran Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Alhaj pada 1 Februari lalu di Istana Negara. Selepas Jackie Chan, siapakah individu yang akan diberi gelaran Datuk?



Menerusi ruangan komen, ramai yang didapati tidak bersetuju dengan keputusan tersebut serta mempersoal apakah perkara yang melayakkan Jackie Chan untuk menerima anugerah sedemikian.






Dalam pada orang ramai menyenarai nama individu yang layak menerima gelaran Datuk, memetik perkongsian dari sebuah blog, di bawah dapat disenaraikan 7 individu di Malaysia yang layak menerima gelaran yang sama seperti Datuk Jackie Chan.



1. Yuna






Sebut sahaja nama Yuna, pasti semua orang kenal. Yuna atau nama penuhnya, Yunalis Mat Zara’ai mula berkecimpung dalam bidang muzik melalui Youtube. Bakat Yuna akhirnya disedari oleh Fader Label, sebuah syarikat rakaman berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. Yuna menandatangani perjanjian bersama syarikat tersebut pada bulan Februari 2011. Baru berusia 29 tahun, Yuna kini merupakan seorang artis Malaysia yang paling berjaya mencipta nama di negara luar.



2. Red Hong Yi






Hong Yi atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Red’ merupakan seorang artis-arkitek dari Malaysia. Dikenali sebagai artis yang ‘suka melukis, tetapi tidak dengan berus cat’, hasil kerja Hong Yi telah dipaparkan oleh media di seluruh dunia termasuk Huffington Post, Wall Street Journal, ABC, CNN, NBC dan Daily Mail. Red kini mengendalikan studio reka bentuk sendiri serta tinggal dan bekerja di antara Shanghai dan Malaysia.



3. Mejar Patricia Yapp Syau Yin






Tidak ramai yang sedar bahawa Mejar Patricia Yapp Syau Yin, 38, dari Sandakan, Sabah memegang REKOD DUNIA sebagai wanita pertama yang layak menjadi juruterbang pesawat MiG-29 Fighter. Pastinya satu rekod yang perlu dibanggakan seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan wanita Malaysia pertama yang lulus dengan kepujian dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia di Alor Star pada tahun 1997.













4. Alex Yoong






Yoong menjadi rakyat Malaysia pertama untuk berlumba dalam Formula One dengan Minardi pada 2001 di Grand Prix Itali. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Alex apabila beliau meninggalkan sukan itu pada tahun 2002. Walaupun karier berlumbanya kurang menyerlah dalam sukan F1, Alex Yoong adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya sehingga ke tahap itu setakat ini.



5. Azmin Ali






Untuk melayakkan diri bagi menjadi Menteri Besar bagi sesebuah negeri, seseorang itu mesti mempunyai ciri-ciri ketokohan yang sangat tinggi. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak sama sekali terkecuali daripada itu. Azmin juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan juga ADUN Bukit Antarabangsa di Dewan Undangan Negeri Selangor. Selain itu, beliau adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).



6. Profesor Dr Muhaya






Profesor Dr Muhaya adalah seorang pakar oftalmologi dan seorang daripada dua profesor dalam bidang itu yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau merupakan wanita Islam pertama Malaysia yang mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh, Scotland. Selain itu, Dr Muhaya juga menjadi pakar oftalmologi pertama di Asia Tenggara untuk melaksanakan pembedahan Lasik menggunakan sistem Visumax iaitu sistem Lasik tanpa bilah yang terbaru.



7. Khairy Jamaluddin






Agak janggal bila difikirkan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak mempunyai gelaran Datuk. Orang ramai merasakan Khairy adalah salah satu individu yang paling layak menerima anugerah tersebut. Mungkin masanya belum tiba lagi setakat ini?


Category Article

What's on Your Mind...