7 Perkara Yang Dilakukan Oleh Rakyat Malaysia Bila Cuti






Memetik sumber dari portal satira, Satrika.my di bawah adalah beberapa aktiviti yang secara lumrahnya atau kebiasaannya akan dilakukan oleh rakyat Malaysia.



1) Beritahu Dunia Bahawa Dia Sedang Bercuti.



Perkara yang biasa terjadi bila hari cuti. ‘Newsfeed’ di Facebook, ‘Moment’ di Wechat penuhkan dengan status bahawa mereka sedang bercuti. Tak mengapalah. Kenapa kita nak sakit hati. Kamu pun buat lah juga satu status kamu sedang bercuti. Kenapa kamu nak tunjukkan status ‘forever alone’ kamu itu dilaman sosial “Hesh, menyampah! Macam ko sorang je cuti!”.. Jangan,, tak baik begitu..



2) Membeli-Belah.






Bila hari cuti, tempat yang paling penuh sekali adalah Kompleks Membeli Belah. Bayangkan ada 876 kompleks membeli belah di Malaysia, dan kesemua 876 kompleks tersebut penuh. Kadang-kala bukannya membeli belah pun, datang sana untuk makan, minum dan berjumpa dengan kawan-kawan sudah cukup membuatkan jiwa ini tenang dan damai. Bak kata pencinta kompleks membeli belah yang tegar. “Saya cuba mencari ‘Arometherapy Oil’ untuk ‘relaxing & calming’ untuk kediaman saya, malangnya saya tidak berjumpa ‘aromatherapy oil’ yang digunakan di komples membeli belah ini”…



3) Makan.






Bila cuti automatik ada satu semangat iaitu hendak memasak. Kalau tidak pun terasa teringin nak makan sesuatu. Tak kiralah masak, makan diluar atau order diatas talian.



4) Tidur.



Mungkin ini selalu dilakukan bagi golongan yang susah hendak tidur dihari-hari bekerja selalu bersengkang mata sehingga larut malam dan sebagainya. Jadi bila hari cuti, inilah masa yang dilakukan oleh golongan minoriti di rumah.



5) Online.



Buat kamu yang susah hendak ‘online’ hari bekerja dan tidak tahu hendak kemana, jadi mungkin ramai diantara kamu yang memilih ‘online’ untuk mengisi masa lapang, disamping dapat meluaskan pengetahuan kamu juga dapat mempertajamkan lagi skill troll & satire.



6) Balik Kampung.






Lagi satu, sudah menjadi budaya Rakyat Malaysia, jalan raya akan menjadi sesak satu hari sebelum cuti dan lengang sewaktu hari cuti di KL kerana semua pulang ke kampung. Jangan terkejut, jika ada satu Rakyat Malaysia apabila ‘Speaking London’ seperti ‘Donald Trump’ tiba-tiba kelibatnya tidak kelihatan di KL pada Hari Cuti kerana itulah menunjukkan salah satu bukti yang dia pun bukanlah orang KL hohohoho gurau je.



7) MC/ Cuti Kecemasan.



Korang tak percaya? Tak mengapa, nanti hari Rabu kamu lihatlah sendiri berapa ramai yang ada di pejabat.



Nota Penulis : Segala catatan diatas hanyalah gurauan dan janganlah mengambil serius, artikel sekadar santai.


Category Article

What's on Your Mind...