Beg Sekolah Bercorak Aksi Intim Timbulkan Tanda Tanya (3 Gambar)

Beberapa foto gambar beg sekolah yang mempunyai corak gambar lucah tersebar di laman sosial dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pengguna terutamanya yang di bawah umur, lapor portal TheRakyatPostsemalam.





Beg berwarna kelabu dan berjenama Burton itu dikesan mempamerkan gambar lucah pada bahagian dalamnya, namun, lokasi penemuan beg terbabit bagaimana pun tidak dinyatakan.



Jika sekali pandang, pengguna mungkin sukar untuk mengesannya kerana ia kelihatan seperti corak biasa, tetapi, jika diperhatikan dengan lebih teliti, imej yang terpampang adalah gambar lucah.










Gambar beg sekolah yang mempunyai gambar lucah tersebar di laman sosial.



Gambar terbabit menunjukkan imej kumpulan lelaki dan wanita sedang melakukan hubungan seks dan berlatar belakangkan warna biru.



Penemuan beg yang mempunyai gambar lucah itu kemudiannya telah dimuat naik gambarnya menerusi blog suarashiro.com.



Penulis blog yang peka itu kemudian telah menulis pada blognya yang meminta agar rekaan sebegini haruslah dipantau kerana tidak mustahil kanak-kanak akan terbeli beg tersebut dan kemudiannya melihat imej-imej yang tidak senonoh yang terkandung dalam beg itu.


Category Article

What's on Your Mind...