Jasa Dan Sumbangan Datuk Jackie Chan Yang Rakyat Malaysia Tidak Tahu






BILA artis Bollywood Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk satu ketika dahulu, banyak pihak mempertikaikannya.



Nampaknya perkara sama turut berlaku kepada aktor terkenal Jackie Chan, apabila penganugerahan gelaran ‘Datuk’ kepada beliau menimbulkan polemik.



Alasan yang diberikan Tengku Adnan adalah sama dengan alasan yang diberikan sewaktu isu ‘Datuk’ Shah Rukh Khan dibangkitkan iaitu sumbangan selebriti berkenaan yang mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi filem lakonan mereka yang menjalani penggambaran di negara ini.



Bagaimanapun, alasan itu nampaknya tak dapat diterima ramai rakyat Malaysia.



Justeru, memetik dari portal Mynewshub, mungkin ini adalah sebab lain yang mungkin tak ramai tahu tapi sedikit sebanyak mungkin dapat menyembuhkan ‘sakit hati’ pihak yang masih berasakan gelaran tersebut tidak wajar diberikan kepada Jackie Chan.



Tahukah anda beliau merupakan seorang dermawan?



Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie Chan dikatakan telah membuat wasiat mahu menyumbangkan hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit setelah beliau meninggal dunia.



Laporan Forbes pula menyatakan Jackie Chan disenaraikan antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal malah sumbangannya mencecah jutaan dollar kepada badan-badan NGO yang membantu golongan miskin.



Mungkin itu sumbangannya terhadap dunia, jadi apa kena mengena dengan Malaysia?



Jawapannya ada di print screen bawah…






Bersesuaian dengan sifat beliau yang tak suka berkongsi di media sumbangan yang dihulurkan, entah-entah sifat pemurah yang ada pada kita ini tak terbanding langsung dengan Jackie Chan.



Apa pun, terpulanglah pada masing-masing untuk menilai samada gelaran Datuk itu wajar atau tidak dikurniakan kepada aktor veteren filem aksi ini.


Category Article

What's on Your Mind...