Kronologi kes liwat Anwar Ibrahim




28 Jun 2008: Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis dengan pertuduhan Anwar Ibrahim telah meliwatnya di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008 sekitar 4.30 petang.





7 Ogos 2008: Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii. Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, SM Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin, sementara menunggu sebutan kes.






10 Mac 2009: Mahkamah Sesyen memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi berkuat kuasa serta merta. Mahkamah Tinggi menetapkan 1 hingga 24 Julai untuk perbicaraan kes liwat tersebut.



17 Jun 2009: Anwar memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan liwatnya atas alasan bahawa seluruh pertuduhan itu adalah “satu persendaan dan sama sekali tidak berasas.”



1 Disember 2009: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin memutuskan untuk menolak usul pembatalan pertuduhan liwat terhadap Anwar, berdasarkan laporan perubatan.






3 Februari 2010: Perbicaraan liwat bermula dengan Mohd Saiful berdiri sebagai saksi pertama.



5 Februari 2010: Hakim perbicaraan, pihak pendakwaan dan pembelaan melawat semula kondominium Desa Damansara di mana pertuduhan liwat didakwa berlaku.



9 Februari 2010: Perbicaraan telah ditangguhkan sekali lagi untuk membolehkan pihak pembelaan memfailkan satu tindak balas kepada pendakwaan afidavit, jawapan kepada permohonan menarik diri Anwar.



Perbicaraan ditangguhkan selepas pihak pembelaan memohon Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes atas alasan berat sebelah.



25 Februari 2010: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting, termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful.






3 Mac 2010: Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, (mendiang) Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak membasuh duburnya selepas kejadian kerana mahu mengekalkan bukti.



16 Ogos 2010: Anwar gagal dalam percubaan kedua untuk menggugurkan tuduhan liwat selepas permohonan pembatalan pertuduhan ditolak oleh Mahkamah Tinggi.



Dalam usahanya untuk menggugurkan pertuduhan, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan pasukan pendakwaan keseluruhan telah dikompromi berdasarkan dakwaan hubungan sulit yang dijalin Mohd Saiful dan ahli pasukan pendakwaan.



20 September 2010: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar ke atas permohonan kedua untuk membatalkan pertuduhan liwat kerana tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar isu tersebut.






22 Ogos 2011: Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh membaca kenyataan dari muka surat 32, menafi melakukan hubungan seks dengan Mohd Saiful.



9 Januari 2012: Mahkamah Tinggi membebaskan tuduhan Anwar meliwat Mohd Saiful. Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.



9 Julai 2012: Pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi sembilan alasan untuk mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.



22 Februari 2013: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari bermula 22 Julai 2013 untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan ke atas pembebasan Anwar.






18 September 2013: Mahkamah Rayuan menolak permohonan pertama Anwar untuk membatalkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada muncul sebagai Pendakwa Raya mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan beliau dari tuduhan liwat.



21 November 2013: Anwar gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan penyertaan Muhammad Shafee Abdullah sebagai Pendakwa Raya atas alasan beliau (Shafee) adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu.



11 Disember 2013: Anwar memfailkan pembatalan penyertaan Muhammad Shafee buat kali kedua.



20 Disember 2013: Anwar gagal dalam percubaan kedua untuk membatalkan penyertaan Muhammad Shafee sebagai pendakwa utama. Ketika menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa permohonan Anwar adalah tidak mempunyai sebarang merit.






6 Mac 2014: Mahkamah Rayuan mendengar hujahan Muhammad Shafee dan peguam Karpal Singh.



7 Mac 2014: Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.



Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam mendengar rayuan pihak pendakwaan kes bagaimanapun, membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman, sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.



Dalam menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membebaskan Anwar, Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa integriti sampel DNA yang digunakan dalam kes itu telah dikompromi.



Karpal Singh berkata dengan keputusan ini, Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonannya bagi kerusi DUN Kajang pilihan raya kecil pada 10 Mac.



24 April 2014: Pemimpin pembangkang memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman lima tahun penjara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan, memetik 35 alasan mengapa sabitan dan hukuman Anwar perlu diketepikan.






14 Ogos 2014: Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan terakhir Anwar. Datuk Sulaiman Abdullah, seorang peguam kanan, akan mengetuai pasukan pembelaan berikutan kematian peguam Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.



14 Oktober 2014: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Muhammad Shafee layak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar pada 28 Oktober.



28 & 29 Oktober 2014: Mahkamah Persekutuan dijadualkan untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan.



7 November 2014: Mahkamah Persekutuan masih kekal dengan keputusan hukuman lima tahun penjara terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.






Panel lima hakim, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menangguhkan keputusan selepas menerima penyerahan dari semua pihak.



10 Januari 2015: Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria berkata Mahkamah Persekutuan akan menyediakan notis dua minggu sebelum mengeluarkan keputusan mengenai perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.



26 Januari 2015: Mahkamah Persekutuan mengumumkan bahawa keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan pada 10 Februari.



Kredit: Mylaunchpad.


Category Article

What's on Your Mind...