Status Twitter ‘Khabar Baik, Bro’ – Ini Penjelasan Sebenar Malique






“SAYA tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan saya tidak pernah membalas “khabar baik, bro”,” kata Malique dalam satu kenyataan di laman rasmi syarikat rakaman beliau, Qarma Musiq, 1 Februari lepas.



Malique atau Malique Ibrahim juga mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow selepas lagu ‘Apa Khabar’ kerana menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini.






Memetik laporan dari portal SinaHarian, Malique menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyokong pembabitan ‘dirinya’ dalam lagu ‘Apa Khabar’.



Melalui kenyataan ringkas tersebut, Malique turut ‘menghargai’ jika dia hanya dikaitkan dengan Qarma Musiq dan karier solo beliau sebagai Malique Ibrahim.



“Buat masa ini, saya tidak berminat untuk menghidupkan semula Too Phat atau membalas kepada mana-mana lagu yang dikatakan berkaitan dengan diri saya,” tegas Malique.





Category Article

What's on Your Mind...