Cara-cara Nak Tahu Milo Yang Anda Beli Asli Ataupun Tidak




Milo Malaysia ada menyiarkan satu panduan untuk mengenalpasti jika Milo yang kamu beli asli ataupun tiruan. Ya, kini sudah ada Milo tiruan di Malaysia, jangan tak tahu. Milo Malaysia pun dah ajar macamana nak kenalpasti Milo tiruan tersebut.



Namun begitu, ada 3 lagi cara nak tahu Milo yang anda beli atau minum itu asli ataupun tiruan.



1. Periksa slogan atau tagline Milo yang kamu beli atau miliki. Slogan sebenar ialah ‘Minum Milo anda jadi sihat dan kuat.’










Ni mesti kerja budak-budak baru nak up lah ni..



Kalau slogan Milo yang kamu miliki berbeza dengan slogan sebenar, tu maksudnya Milo tiruanlah tu. Contohnya seperti dalam gambarajah di bawah. Slogan paling atas adalah slogan asal yang tulen, yang lain-lain adalah tipu atau tiruan.



2. Selain daripada bahagian atas yang bergerigi, ada dua lagi bentuk bahagian atas pek Milo tiruan.














Dalam gambarajah di bawah, pek (1) adalah pek asli. Pek (2) bergerigi, dan menurut Milo Malaysia ini adalah ciri-ciri Milo tiruan. Jika anda menjumpai pek berbunga-bunga seperti pek (3), ia juga adalah Milo tiruan. Jika anda menjumpai pek (4) iaitu pek telah dibuka dan ada kesan diselotepkan, pek Milo itu adalah pek Milo terpakai. Takkan itu pun tak tahu?



3. Ciri-ciri Milo asli ialah bila dibancuh ia akan menghasilkan air Milo.






Namun jika ia menghasilkan benda lain seperti latte atau kentang goreng, apa yang kita boleh simpulkan adalah samada ia Milo tiruan atau ia bukan Milo sama sekali . Sila check, anda beli Milo ke beli benda lain sebenarnya.



Artikel sekadar santai..



Artikel ini dipetik sepenuhnya dari blog satira, Satrika.my


Category Article

What's on Your Mind...