Cerita Sebenar Lelaki Tua Dibelasah ‘Samseng Jalanan’ Di Sarawak






Kuching: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai video dua lelaki membelasah seorang lelaki di tengah jalan di satu kawasan yang dikatakan berlaku di Kuching supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan, lapor HarianMetro semalam.



Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, lokasi kejadian masih belum disahkan berlaku di Kuching.



“Sekiranya berlaku di Kuching, kita harap mangsa dan saksi dapat buat laporan polis supaya tindakan dapat diambil.

“Polis akan buru suspek yang terbabit hingga ke lubang cacing,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.



Video yang berdurasi 0.43 saat itu kini menjadi viral di Facebook dan didakwa berlaku di Jalan Bako di sini.



Dalam video berkenaan, seorang lelaki berbaju biru turun daripada motosikal dan menyertai rakannya berbaju merah membelasah seorang lelaki.



Dua lelaki berkenaan, beberapa kali membelasah seorang mangsa berbaju oren dan berseluar biru menggunakan topi keledar.

Bagaimanapun, punca kejadian dan butir pergaduhan tidak diketahui.






Kenyataan dan cerita sebenar kejadian berdasarkan laporan polis:



Laporan ‘ road bully’ yg berlaku di Jalan Demak, Kuching pd tarikh 16/3/15.



Pengadu 1(L)Mel umur 46 thn,

Kerja sbg Kontraktor.

Berasal dr Batu 4 1/2. Kuching.



Fakta kes :-



Pada 16/3/2015 jam l/k 1530 hrs, Semasa pengadu bersama dengan rakan sekerja nya yg bertindak sbg pemandu sdg menaiki kereta jenis Toyota Unser, semasa melalui Jalan Demak, tiba tiba pengadu dpti ada sebuah m/sikal tanpa no . plat jenis EX5 yang ditunggangi oleh seorang lelaki dalam keadaan merbahaya. Pemandu tlh membunyikan hon. Ini menyebabkan suspek tlh berhenti dan menunjukkan isyarat lucah. Pemandu kereta pengadu juga turut berhenti. Lalu Pengadu tlh turun dr kereta dan berlaku perselisihan mulut. Pengadu dpti suspek dlm keadaan mabuk. Tiba-tiba suspek dgn bantuan rakannya tlh memukul pengadu dgn helmet. Manakala pemandu dihalang oleh rakan suspek daripada memberi bantuan. Akibat kejadian itu, pengadu telah mengalami kesan lebam di bahagian kepala.

Pengadu tlh mendpt rawatan di Hosp Umum Sarawak.



Siasatan lanjut akan dijalankan setelah pengadu mendpt rawatan. Tiada tangkapan Setakat ini.

Pohon mana-mana saksi yg melihat kejadian, sila tampil memberi maklumat.



Manakala, memetik kenyataan dari sebuah portal negeri Sarawak:



KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad memberi jaminan akan memburu dua suspek yang memukul seorang lelaki di Jalan Demak hari ini.



“Polis akan bertindak (berdasarkan laporan) dan akan memburu mereka (suspek) ini hingga ke lubang cacing,” tegasnya lagi.



Roslan, kini sedang bercuti berkata demikian ketika dihubungi diminta mengulas mengenai satu rakaman video berdurasi selama 56 saat yang mempaparkan seorang lelaki dipukul oleh dua suspek yang tersebar di media sosial.



Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching SUPT Entusa Imam mengesahkan mangsa, seorang kontraktor berusia 46-tahun dari Batu 4 1/2 di sini telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.



“Menurut mangsa, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.30 petang ketika beliau bersama rakan sekerjanya sedang menaiki kenderan mereka di jalan tersebut membunyikan hon kepada seorang penunggang motosikal dalam keadaan yang merbahaya,” kata Entusa.



“Ini menyebabkan suspek telah memberhentikan motosikalnya dan menunjukkan isyarat lucah kepada mereka,” kata Entusa lagi sambil menambah, pemandu kereta mangsa juga turut berhenti dan apabila mangsa turun dari kereta berlakulah perselisihan mulut.



“Suspek dan seorang rakannya tiba-tiba memukul pengadu dengan helmet dan mengakibatkan mangsa mengalami kesan lebam di bahagian kepala,” katanya lagi sambil , mangsa kemundiannya mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS)



Polis juga memohon mana-mana saksi yang melihat kejadian agar tampil bagi membantu siasatan.


Category Article

What's on Your Mind...