Dalam 3 Hari Berturut, Gadis 15 Tahun Diperkosa 4 Lelaki






Gambar Hiasan



Kuala Terengganu: Tindakan seorang remaja perempuan keluar bersama seorang rakan lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.



Kejadian berlaku selama tiga hari bermula 18 Mac lalu di rumah sewa seorang suspek berusia 21 tahun di Kampung Kubang Ikan, Manir, di sini, dan sebuah rumah kosong di kampung sama.



Menurut sumber, mangsa berusia 15 tahun dikatakan keluar bersama rakan lelakinya berusia 18 tahun pada jam 11.45 malam, Selasa lalu.



“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah seorang suspek sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit jam 12.30 tengah malam, Rabu lalu.



“Kejadian sama beru lang sekali lagi pada malam keesokkan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek berusia 18 tahun,” katanya.



Sumber berkata, mangsa menerima SMS daripada rakan lelakinya jam 5.30 petang, Khamis lalu, yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi jika tidak mahu rakaman video perbuatan seks mereka disebarkan di aplikasi telefon pintar seperti Wechat dan WhatsApp.



Katanya, mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa akur sebelum sekali lagi dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.



“Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan susulan laporan dibuat, gerakan memburu suspek dijalankan,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang kini direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, laporHarianMetro semalam.


Category Article

What's on Your Mind...