Ibu Tinggalkan Bayi Dan Sekeping Nota (Gambar)






Tiada anak yang mahu hidupnya dirundum kesedihan. Apatah lagi jika mengetahui bahawa dirinya ditinggalkan oleh ibu sendiri di hadapan rumah seorang yang asing. Namun itu yang berlaku terhadap si kecil yang baru dilahirkan ini.



Seorang wanita terpaksa meninggalkan anak sendiri di hadapan rumah orang lain malah berharap keluarga terbabit dapat menjaga serta membesarkan anaknya seperti anak kandung.



Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan turut berjanji tidak akan kembali untuk menuntut bayi tersebut di kemudian hari kelak.



Berikut merupakan isi kandungan surat yang ditulis oleh ibu bayi berkenaan:



Assalamualaikum encik. Saya memohon maaf kerana meletakkan anak saya di rumah encik sekeluarga.



Saya tidak mampu membesarkan anak ini atas masalah kewangan dan keluarga saya tidak pernah kenal encik sekeluarga. Tetapi saya amat berharap encik sudi memberikan perlindungan kepada anak saya atas apa cara sekali pun.



Saya amat gembira jika encik sekeluarga sudi membesarkan anak ini seperti anak encik sendiri.



Saya berjanji atas nama Allah, saya tidak akan kembali di masa hadapan untuk mengambil anak saya kembali.



Saya memohon jasa baik encik sekeluarga untuk menjaga dan membesarkan dia.



Terima kasih.



Segelintir pengguna media sosial mengherdik perbuatan ibu tersebut yang sanggup meninggalkan zuriat sendiri.



Namun ada juga yang melahirkan rasa lega kerana dia tidak membuang bayinya seperti mana pasangan muda yang lain.






Sumber: Mylaunchpad



Gambar: Thehypemedia


Category Article

What's on Your Mind...