Proton Exora Penyek Dihempap Lori Simen (Gambar)




Proton Exora dihempap lori simen petang semalam. FOTO ihsan Mohamed Fahmi



Kuala Lumpur: Penduduk flat PKNS Jalan Kerinchi, di sini, gempar apabila sebuah lori simen menghempap Proton Exora yang diletakkan di kawasan parkir flat berkenaan, petang tadi.



Dalam kejadian 6.54 petang, pemandu lori simen itu dikatakan hilang kawalan menyebabkan lori dipandu terjunam menghempap Proton Exora dipercayai milik salah seorang penghuni di flat berkenaan.



Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pantai berkata, sebuah jentera dan 10 anggota bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.



Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sesiapa dalam MPV dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, lapor HarianMetro.


Category Article

What's on Your Mind...