Sasha Dakwa Pelawak Popular Minta Gambar Bogel






SASHA tampil supaya tiada lagi wanita yang akan terpedaya. – Foto BHOnline



KUALA LUMPUR: Seorang wanita tampil mendedahkan apa yang didakwanya perilaku sebenar pelawak popular yang dikatakan galak bermain cinta dengan ramai wanita.



Memetik laporan dari BeritaHarian, beliau yang mahu dikenali dengan nama Sasha, menegaskan dirinya tampil bagi memastikan tiada lagi perempuan yang terpedaya dengan tipu helah lelaki berkenaan.



“Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.



“Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara ‘video call’.



“Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Namun saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,” kata Sasha kepada BH Online.



Sasha menegaskan, beliau jelak dengan perangai pelawak itu yang semakin besar kepala serta berasakan dirinya begitu hebat dan boleh terlepas dengan segala skandal yang dilakukannya.



Kata Sasha lagi, beliau kesal kerana pelawak itu menggunakan populariti diri untuk berbuat sesuka hati.



“Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja ***** sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.



“Tiada pihak yang ingin menjatuhkan diri beliau namun tindak tanduknya yang tidak bertamadun itu yang membuatkan popularitinya merudum.



“Saya tahu beliau pasti akan memutar belit cerita selepas mengetahui kenyataan yang dibuat oleh saya ini. Namun saya bukan bercakap kosong tetapi ada bukti yang saya simpan dan jika perlu saya akan tunjuk semuanya,” katanya.


Category Article

What's on Your Mind...