Usia Baru 21, Anak Sudah 11 Orang (Gambar)




NAEEMA dan Raad bersama sebahagian anak mereka.



Semenanjung Gaza: Dia baru berusia 21 tahun, namun Naeema sudah melahirkan 11 anak termasuk kembar lima yang semuanya berusia bawah tujuh tahun.



Naeema yang sudah berkahwin dengan suaminya, Raad, 25, sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebenarnya hanya mahukan lima anak.



“Percayalah, saya tidak langsung ingin terus mengandung dan melahirkan anak. Saya mahukan hanya lima, seperti wanita normal lain.



“Sudah bertahun-tahun saya tidak dapat ke mana-mana kerana sibuk menjaga anak. Apatah lagi dengan kembar lima yang memerlukan lebih banyak pemerhatian.



“Pada waktu malam saya lebih banyak terjaga daripada tidur kerana perlu menyusukan semuanya,” katanya dalam wawancara dengan rangkaian televisyen Al Arabiya, lapor Harian Metro semalam.


Category Article

What's on Your Mind...