Video Gadis Bertudung Sedut Dadah Jadi Viral Di Laman Sosial






Video yang berdurasi 7 Saat ini mula tersebar di laman sosial pagi tadi.



Video aksi seorang gadiS bertudung dipercayai sedang menyedut sesuatu melalui hidungnya yang dipercayai dadah jenis kokain kini tersebar luas di media sosial Facebook sekaligus mendapat perhatian netizen.



Memetik laporan dari sebuah portal tempatan, Mynewshub memberitahu, pelbagai reaksi yang cenderung kepada komen negatif diterima oleh kerana gaya pemakaian gadis ini yang lengkap dengan bertudung, tetapi melakukan sesuatu yang membangkitkan rasa tidak puas hati pada sesiapa yang menontonnya.



Ramai mendakwa, pasti gadis ini terpengaruh dengan teman lelakinya.



Tidak diketahui pula bagaimana gadis ini boleh terjebak tetapi peluang untuk berubah sentiasa ada buat mereka yang benar-benar mahu bertaubat.



Mungkin dengan tersebarnya rakaman ini maka pihak yang mengenali gadis ini dapat menariknya agar kembali semula ke pangkal jalan.


Category Article

What's on Your Mind...