5 Artis Anak Ikan VVIP


Jadi ‘Anak Ikan’ Mak Datin, 5 Artis Lelaki Dipantau Polis

Sekurang-kurangnya 5 artis lelaki dipantau Bahagian Perjudian, Kongsi gelap dan Maksiat (D&) kerana dipercayai menjadi ‘anak ikan’ atau lelaki peneman kepada VVIP.

Ia didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik melalui laporan akhbar Harian Metro yang dimuatnaik dari sebuah blog semalam.

Mereka menjadi peneman kepada golongan VVIP selain ditaja “sugar mummy”.

Ia membabitkan golongan artis baru atau “suam-suam kuku” dengan mampu hidup mewah tanpa tawaran berterusan dalam bidang lakonan dan nyanyian. Ada yang sanggup ke ranjang dengan bayaran RM5000 serta beberapa kemewahan lain, lapor HM lagi.

Laporan HM dalam laporan 24 Januari lalu juga menyebut pihak polis sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.

Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang.


Category Article

What's on Your Mind...