Gadis 13 Tahun Tak Pulang Kelas Tuisyen Menginap Di Hotel Bersama Teman Lelaki






Gambar Hiasan



Kajang: Misteri kehilangan pelajar perempuan tingkatan satu yang didapati ‘ghaib’ sejurus pulang dari kelas tuisyen terjawab apabila mangsa disorok dan diperkosa teman lelaki di sebuah hotel murah.



Sumber dari HarianMetro memberitahu, mangsa yang berusia 13 tahun didakwa gagal pulang ke rumahnya selepas tamat kelas tambahan di bandar Kajang jam 10 malam Rabu lalu.



Pelajar tingkatan satu itu dipercayai termakan pujuk rayu suspek yang baru dikenali di kedai menjual telefon bimbit di sini.



Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bapa mangsa mula cemas selepas anaknya tidak pulang ke rumah dengan menaiki van seperti kebiasaannya.



“Bapa mangsa yang risau dengan kejadian itu cuba menghubungi telefon bimbit mangsa, namun gagal.



“Dia kemudian berusaha mencari anaknya di merata lokasi termasuk rumah rakan mangsa,” katanya.



Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun terserempak anaknya bersama seorang lelaki tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu kota Sabtu lalu.



“Marah dan kesal dengan insiden itu, bapa mangsa membawa anaknya pulang ke rumah dan memaksa mangsa menceritakan kejadian sebenar.



“Selepas dipaksa berulang kali mangsa memberitahu tinggal di sebuah hotel di bandar Kajang bersama teman lelakinya itu. Malah, dia dirogol berulang kali hingga mengakibatkan kecederaan,” katanya.



Menurutnya, bapa mangsa yang marah dengan kejadian itu membawa mangsa ke hospital dan pemeriksaan mendapati wujud kesan koyakkan pada kemaluan mangsa.



“Dia (bapa mangsa) membuat laporan di Balai Polis Kajang di sini. Susulan itu pihak polis menahan suspek di sebuah rumah di Semenyih di sini, 3 pagi,” katanya.



Menurut Ab Rashid, suspek terbabit ditahan untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Category Article

What's on Your Mind...