Harga Terbaru Pakej Langganan Internet Mulai Jun 2015






Ahmad Shabery, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berkongsi mengatakan bakal mengumumkan penurunan harga langganan jalur-lebar sebelum ini. Semalam, beliau secara rasminya berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut.



Laporan dari sebuah portal teknologi dan Gadget [Disni] menyatakan, harga penawaran perkhidmatan akses internet melalui talian tetap akan bermula daripada RM38 sebulan untuk kelajuan 1Mbps. Telekom Malaysia dan pihak TIME Dot Com dilihat menyatakan sokongan untuk ini, tetapi sumber memberitahu, masih kurang jelas berkenaan dengan pengumuman Ahmad Shabery memandangkan beliau turut mengatakan penggunaan data percuma sehingga 1GB.



Telekom Malaysia juga dilihat akan mengurangkan harga langganan UniFi sebanyak 10% bagi pakej 10Mbps tidak lama lagi.



Disamping itu, penawaran perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih pula dikatakan akan ditawarkan pada harga RM25 untuk langganan 1GB.



Pakej jalur lebar asas untuk talian tetap daripada Telekom Malaysia dikatakan akan bermula bulan Jun 2015 kelak, sementara untuk talian mudah-alih ia akan ditawarkan bermula bulan ini.


Category Article

What's on Your Mind...