Lelaki Gergasi Dari Brazil Akhirnya Temui Gadis Idaman



Brazil – Cinta itu buta…kata-kata ini sering kita dengar dan ia terbukti berlaku kepada seorang lelaki `gergasi’ Joelison Fernandes da Silva, 28, yang akhirnya menemui kekasih hatinya.

Wanita yang menambat hatinya itu adalah Evem Medeiros, 21.

Laporan dari portal Mynewshub menyatakan, meskipun Joelison mempunyai ketinggian 7 kaki 8 inci dan dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di Brazil serta mempunyai bentuk badan yang besar, namun Evem yang tinggi kurang tiga kaki daripada Joelison tidak mempunyai masalah menerima lelaki itu.


“Hari pertama saya melihatnya saya tahu itu adalah cinta pandang pertama. Saiz bukan penghalang,’’ kata Joelison.

Dia sebelum ini merupakan lelaki yang pendiam dan pemalu. Akibat sering diejek Joelison sering menyendiri dan tidak keluar rumah kerana ketinggiannya yang tidak normal itu.

Hanya selepas dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di badannya pada usia 21 tahun, barulah ketinggiannya terhenti dan dia juga tidak lagi membesar.

Kedua-duanya telah berkahwin setahun lalu dan pasangan itu kini berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.


Category Article

What's on Your Mind...