Nama Pokok Ini…’Gadis Lompat’ (Gambar)



Kepada sesiapa yang mengenali pokok ini terutama mereka yang tinggal di sekitar Bukit Frazer, Raub, rasanya tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk mendapatkan pokok ini.

Penulis dapat mengenalnya semasa bertugas di Tersang Dua Raub selaku wartawan sebuah akhbar, dan sesekali berpeluang ke Bukit Fraser semasa pesta Bird Race. Beberapa orang Asli sekitar berkenaan memperkenalkan pokok berkenaan.

Nama kampung : Pokok Gadis Lompat dan bila merujuk kepada beberapa buku mengenai tumbuhan tempatan, ternyata nama saintifik pokok ini ialah: Chloranthus Erectus

Pokok ini merupakan tumbuhan separuh renek yang boleh mencapai ketinggian hingga Dua meter. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil yang berwarna putih.Ia biasa tumbuh pada ketinggian 100-2000 meter dari aras laut, dan banyak di dapati di sekitar Bukit Fraser.

Dalam beberapa catatan lain, pokok ini juga boleh ditemuai di negara-negara seperti Guangxi, Guizhou, Sichuan, Yunnan, Bhutan, Cambodia, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Philippines, Sikkim, Thailand, Vietnam.

Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi putih apabila matang. Apa yang menakjubkan lagi, pokok ini boleh dibiakkan melalu biji benih dan keratan batang.

KEGUNAANNYA

Herba ini juga boleh digunakan untuk merawat demam, sakit kepala dan meningkatkan tenaga batin terutamanya bagi wanita. Pada kaum lelaki pula janganlah menyalahgunakan air rebusan pokok ini!

Penulis adalah pemilik blog PasCawanganBukitSentosa2.blogspot


Category Article

What's on Your Mind...