Peminat Anggap Luis Hamilton Biadap, Curah Champagne Ke Muka Gadis Pengiring (4 Gambar)

SATU organisasi yang menentang sexism, Object mengecam keras tindakan Lewis Hamilton mencurahkan champagne kepada wanita pengiring semasa meraikan kemenangannya bergelar johan dalam Grand Prix Formula One di Shanghai, China, Ahad lalu.





Menurut laporan yang disiarkan dari laman portal Mynewshub menyatakan, tindakan Hamilton adalah tidak bertamadun dan memalukan seluruh penduduk negara kelahirannya, United Kingdom.



Ini bukan pertama kali Hamilton beraksi sedemikian, sebaliknya, bekas teman lelaki Nicole Scherzinger ini pernah melakukan perbuatan sama ketika meraikan kemenangan di Sepanyol dan Austria.



Daripada turutan gambar yang disiarkan menunjukkan wanita tersebut tidak menunjukkan keterujaan ketika disiram oleh juara dunia itu.













Ramai pihak menyifatkan perbuatan Hamilton sebagai tidak menghormati petugas wanita.



Malah ada yang memberikan tweet, “Have a bit more respect for the ladies please. Spraying Champagne in her face was out of order #child #idiot.



“Shame on you F1 and Lewis Hamilton for disgraceful treatment of women during champagne celebration #sexism.”


Category Article

What's on Your Mind...