‘Batyr Arular’ – Pertandingan Tentera Wanita Paling Cantik Di Kazakhstan


Negara Kazakhstan sejak dulu lagi sememangnya terkenal dengan kaum hawanya yang memiliki paras rupa yang cantik dan menawan. Menariknya lagi, disebalik kecantikan yang dimiliki terdapat segelintir daripada mereka telah menyertai angakatan tentera Negara Kazakhstan.

Dalam portal Inggeris Metro.UK melaporkan, Angkatan Tentera Kazkhstan telah menganjurkan pertandingan tentera wanita paling cantik di negara itu.

Pertandingan yang diberi nama ‘Batyr Arular’ itu yang disertai oleh sebilangan tentera wanita perlu memenuhi beberapa syarat dan kriteria. Bukan sahaja wajah yang cantik, mereka perlu memiliki kualiti intelek dan semangat moral yang tinggi.


Laman rasmi Tentera Kazahsktan menyiarkan beberapa peserta yang tersenarai dalam pertandigan itu yang bermula pada 10 Mei lalu, dan setiap peserta yang mendapat undian tertinggi akan memenangi pertandingan tersebut.

‘Batyr Arular’ diadakan untuk mempromosikan karakter sebenar yang terdapat pada angkatan tentera wanita negara itu sekaligus menarik minat lebih ramai lagi khususnya dikalangan wanita untuk menyertai bidang ketenteraan.

Sehingga kini, sebanyak 123 tentera wanita tersenarai dalam pertandingan tersebut. –harianblogger.com


Category Article

What's on Your Mind...