Di Sarawak Sahaja Harga Ikan Ini Dijual RM800 Sekilo



Empurau Burak Rm800 sekilo di Kapit..10kg = RM8000. (Gambar: Carigold)

Tahukah anda ikan ini adalah ikan paling mahal di Sarawak. “ikan empurau”atau sebutan dalam bahasa cina ” wang pu liao” antara spesis ikan berada di dalam class nya sendiri.

Jangan terkejut jika harga ikan ini mencecah RM450 sekilo.Ikan ini bukanlah sebarang ikan, ikan ini dianggap sebagai “raja ikan” di antara ikan-ikan yang terdapat di sarawak.

Bagi dikalangan rakyat sarawak, hidangan ikan ini hanyalah untuk hidangan untuk orang-orang kaya sahaja memandangkan harganya yang cukup mahal dan sukar diperolehi.

Menurut beberapa taukey restaurant sekitar bandaraya sibu, harga ikan ini yang siap dimasak kukus boleh mencecah Rm700 sekilo.


Daerah Kapit cukup popular dengan ikan ini,ini adalah kerana kedudukannya di kawasan hulu Sungai Rejang merupakan habitat semulajadi bagi banyak ikan asli.

Ikan ini tinggal di anak sungai yang deras, jernih dan berbatu dikawasan hulu sungai. Di Sarawak, ikan ini boleh dijumpai di hulu sungai-sungai utama seperti Rejang, Baram, Limbang dan Batang Ai. Di Rejang, terdapat tiga jenis ikan empurau yang dikenal pasti iaitu empurau burak, empurau merah dan empurau chelum.

Makanan semulajadi ikan empurau ialah tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah-buahan dan bunga. Populasi ikan empurau adalah kecil.

Akibat permintaan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar, populasinya berkurangan dengan drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ikan empurau dapat mencapai berat lebih daripada 30 kg.


Category Article

What's on Your Mind...