Hotel Tawar Bilik Menangis



Pakej khas untuk pelanggan wanita iaitu ‘bilik untuk menangis.’

SEBUAH hotel di Jepun melancarkan pakej khas untuk pelanggan wanita iaitu ‘bilik untuk menangis.’

“Bilik khas ini dilengkapi dengan koleksi filem terutamanya yang mempunyai jalan cerita menyentuh hati,” kata jurucakap hotel Mitsuai Garden Yotsuya di Tokyo.

Menurutnya, pihak hotel turut menyediakan koleksi komik manga yang mampu membuatkan wanita menangis.

“Menangis dapat membantu mengurangkan tekanan terutamanya bagi kaum hawa.

“Kami juga menyediakan tisu berkualiti tinggi untuk mengeringkan air mata anda,” katanya. – SinarHarian


Category Article

What's on Your Mind...