JAM TANGAN KNIGHTS OF ROUNDTABLE II ROGER DUBUIS (11 GAMBAR)

Kestaria Meja Bulat Raja Arthur ialah kisah mitos yang popular di Britain. Kesatria berhati kudus ini dikatakan membantu King Arthur untuk menjadi raja yang adil. Beliau menggunakan pedang lagenda Excalibur yang dicabut daripada batu dan dipulangkan kepada Lady In The Lake selepas kematian beliau. Ada beberapa persamaan diantara kisah mitos ini dengan kisah mitos Hang Tuah. 


Jam tangan Knights of the Round Table II oleh Roger Dubuis di bawah ialah jam tangan mewah yang diperlukan oleh penggemar jam mewah. Terdapat 12 kesatria yang mempunyai rekaan unik pada muka jam. Setiap satunya diperbuat daripada gangsa. Tubuh jam pula dari emas putih. "meja bulat" diperbuat daripada jed hitam dan tali pula dari kulit buaya. Hanya 28 jam tangan ini akan dihasilkan. Harga jualan ialah USD 268 000 (RM 968 000). Sangat murah. 




Category Article

What's on Your Mind...