Janda Dipecat Kritik Majikan Di Facebook Pada Hari Pertama Bekerja


KUALA LUMPUR: Seorang wanita dari Dallas, Kaitlyn Wells yang berusia 27 tahun dipecat kerana mengkritik majikannya di media sosial.

Wanita yang mengeluarkan kenyataan, “saya mula kerja baru hari ini, tetapi saya tidak suka untuk bekerja di taska,” melalui akaun Facebooknya mendapat pengajaran yang baik daripada majikannya.

Kaitlyn yang mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya melalui akaun Facebook telah menarik perhatian pengamal media sosial.

Tetapi malangnya, perkara ini telah disampaikan kepada majikan berkenaan. Kaitlyn yang baru mula berkerja sehari kemudian telah dipecat serta merta atas tindakannya.

“Tindakan itu benar – benar satu kesilapan besar. Saya tidak benci kanak – kanak malah saya mempunyai seorang anak.. saya sayang dia,” kata Kaitlyn dipetik dariAstro Awani.

Kaitlyn juga berkata bahawa dia tidak akan meluahkan perasaannya di media sosial selepas ini.

Selepas Kaitlyn dipecat, dia menulis sebuah kenyataan di Facebook dengan menyatakan dia telah melakukan satu kesilapan besar dan amat kesal dengan tindakannya itu.

“Saya sedih dan risau saya tidak akan dapat pekerjaan lain. Apa yang terjadi adalah kerana kebodohan saya sendiri,” katanya.


Category Article

What's on Your Mind...