Penjelasan Sebenar Di Sebalik Tersebarnya Gambar ‘MH370 Ditemui’

KEHILANGAN pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac tahun lalu, masih lagi menjadi tanda tanya.


Bagaimanapun, muncul individu tidak sensitif memperolokkan tragedi yang menimpa negara ini apabila bertindak menyebarkan gambar sebuah badan pesawat kononnya MH370, yang sudah ditemui dan kini berada negara ini.

Menerusi laman Facebook, individu terbabit mendakwa gambar tersebut dirakam ketika menghala ke Lebuhraya Pantai Timur.

Berikutan itu, gambar pesawat MAS tersebut heboh diperkatakan di media sosial sejak semalam.

Gambar tersebut sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya mengapa pihak kerajaan tidak memberi sebarang kenyataan mengenai penemuan pesawat berkenaan.


Bagaimanapun, laporan dari portal Mynewshub mendedahkan, setelah diselidik ternyata dakwaan itu palsu lagi tidak masuk akal apabila ada yang mendedahkan bahawa badan pesawat lama itu sebenarnya dalam proses serahan kepada Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan bagi tujuan pembelajaran.

Kesimpulannya, jangan mempercayai sesuatu berita terlalu mudah dan awal kerana dikhuatiri ianya tidak sahih lagi palsu seperti mana yang banyak tersebar kini.


Category Article

What's on Your Mind...