Presiden Amerika Syarikat Cipta Rekod Dunia Di Twitter



KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mencatat sejarah apabila berjaya menempa nama dalam buku Guinness World Record.

Obama berjaya memperoleh 1 juta pengikut (followers) di Twitter dalam masa paling pantas sekaligus menewaskan rekod yang dipegang pelakon, Robert Downey Jr.

Isnin lalu, presiden yang berusia 53 tahun itu menyertai laman mikro berkenaan menerusi akaun @POTUS yakni akaun peribadi untuk Presiden Amerika Syarikat, akronim bagi ‘President of the United States’.


April lalu, Robert Downey Jr menyertai Twitter dan mencipta rekod apabila memperoleh 1 juta pengikut dalam tempoh 23 jam dan 22 minit.

Barack Obama berjaya memecahkan rekod itu dalam hanya lima jam sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, akaun berkenaan memiliki lebih 2.2 juta pengikut.

Dalam salah satu tweet pertamanya, Obama menyatakan bahawa akaun itu akan diberikan kepada presiden Amerika Syarikat yang seterusnya apabila dia tidak lagi menduduki White House.

Sebelum ini Obama mempunyai akaun Twitter bagi tujuan rasmi yang dikendalikan oleh staf pengurusannya.

Sumber: Mylaunchpad


Category Article

What's on Your Mind...