Punca Sebenar MH179 Mendarat Cemas Di KLIA



Berita Terkini punca sebenar MH179 pesawat MAS mendarat cemas di KLIA pada 10 Mei 2015. Pesawat MH179 yang berlepas dari KLIA ke Colombo pada pukul 11.30 malam 9 Mei 2015 terpaksa berpatah balik ke KLIA dan selamat mendarat pada pukul 1.30 pagi 10 Mei 2015 selepas berlegar lebih kurang 2 jam di Perairan berdekatan Pulau Ketam.

Untuk makluman, sebuah pesawat wajib untuk membakar bahan api ketika membuat pendaratan cemas jika penerbangan tidak melebihi 1 jam dari tempoh berlepas.

Ini adalah langkah Standard Procedure (SOP) pendaratan cemas dimana beban pesawat yang berlebihan dengan bahan api sedia ada ketika berlepas akan membahayakan proses pendaratan.

Jika pesawat mendarat dengan terlebih had berat (Overweight), ia akan merosakkan struktur pesawat atau lebih teruk pesawat akan musnah ketika pendaratan rendah.

Difahamkan, punca utama MH179 mendarat cemas susulan penumpang mabuk yang menganggu krew dan penumpang MH179. Untuk info, MH179 sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 11.30 malam dan sepatutnya tiba di Colombo pada 2:18 pagi waktu tempatan.


MH179 mendarat cemas kerana penumpang mabuk

Menurut kenyataan rasmi MAS seperti yang dilaporkan dari portal Melvister semalam, penumpang mabuk tersebut cuba mencetuskan suasana yang tidak tenteram terhadap anak-anak kapal MAS sejurus selepas penerbangan itu bermula.

Oleh kerana saiz penumpang itu besar, penumpang-penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal MAS daripada diganggu oleh penumpang mabuk berkenaan. Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan mereka di atas kapal, juruterbang terpaksa membuat keputusan untuk berpatah balik. Sejurus tiba di KLIA, penumpang tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Punca MH179 Mendarat Cemas Di KLIA

1. Telah berlaku ketegangan dalam penerbangan MH179 disebabkan penumpang bermasaalah. Kapten MH179 bertindak bijak demi keselamatan dan keselesaan penumpang dengan berpatah balik ke KLIA. MH179 membuat keputusan untuk pendaratan cemas selepas 20 minit berlepas dari KLIA.

2. Dalam sistem penerbangan SOP pendapatan cemas, pesawat yang baru sahaja berlepas dari landasan (KLIA) dalam tempoh lebih kurang 1 jam perlu membuang bahan api. Caranya adalah berlegar diudara dan mengekalkan posisi sementara untuk membakar bahan api yang berlebihan. Selalunya proses membakar bahan api mengambil masa 2 jam.

3. Selepas membakar bahan api pada kadar yang telah ditetapkan, pesawat MH179 akan diberi kebenaran untuk mendarat semula.

4. Tujuan utama adalah untuk elakkan melapetaka ketika proses pendaratan cemas. Selain itu, pendaratan pesawat dengan melebihi muatan yang berlebihan akan merosakkan struktur pesawat.

5. Pada pukul 1.30 pagi 10 Mei 2015, semua anak kapal termasuk penumpang selamat mendarat di KLIA.

Foto Jejak MH179 Selamat Patah Balik Ke KLIA

Foto MH179 berlegar di ruang udara Selat Melaka dan berdekatan Pulau Ketam selama 2 jam untuk membakar bahan api sebelum proses pendaratan cemas.

MH179 menuju ke KLIA untuk tujuan pendaratan


Category Article

What's on Your Mind...