UMP Cipta Kit Anti-Histeria (Gambar)



seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang diserang histeria dalam kejadian yang berlaku pada 7 Ogos 2008.

PUTRAJAYA – Universiti* Malaysia Pahang (UMP) melangkah setapak lagi dalam bidang inovasi apabila mencipta kit antihisteria yang mampu menyembuhkan individu yang dirasuk makhluk halus menggunakan kaedah sains dan perubatan Islam.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr. Mahyuddin Ismail berkata, tiga penyelidik mengambil masa dua tahun untuk melakukan kajian dengan menjadikan 11 buah institusi pengajian dan jabatan kerajaan yang sering diserang histeria sebagai tempat untuk menguji keberkesanan kit tersebut.

Katanya, antara bahan yang digunakan termasuk, asid formik, cecair lada hitam, ubat sedut amonia, air ruqyah, penyepit jari kaki dan lain-lain.


“Kita juga bekerjasama dengan Pusat Rawatan Islam al-Manarah di Rawang, Selangor yang telah lebih 20 tahun menjalankan kegiatan merawat mangsa gangguan makhluk halus. Bahan yang digunakan lebih bersifat canggih dan moden, mesra pengguna dan patuh syariah.

“Setiap set dijual pada harga RM8,750 termasuk bimbingan pengurusan risiko dan keselamatan serta khidmat rawatan pakar sekiranya kes tidak selesai atau bantuan kecemasan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kit tersebut di Kementerian Pendidikan di sini, lapor portal Kosmo semalam.


Category Article

What's on Your Mind...