Video CCTV Tersebar, Ini Jawapan Dari Page ‘Keadilan Untuk Familia Myvi Club’



JIKA dilihat di laman sosial tatkala ini, rata-rata dipenuhi dengan kecaman netizen terhadap kejadian nahas kemalangan di Lebuhraya Duke yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Di Facebook, penuh di ruangan wall berkaitan spekulasi kejadian tersebut yang dikatakan berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba secara haram.

Laman mikro Twitter pula, dibanjiri reaksi orang ramai yang berkongsi kesedihan selain berang terhadap punca tragedi menyayat hati itu.

Namun, penafian demi penafian dibuat oleh ahli Familia Myvi Club (FMC) dengan mendakwa mereka tidak berlumba di lebuhraya Duke ketika kejadian.

Enam ahli FMC itu juga menafikan mereka adalah punca pasangan suami isteri serta bayi berusia 6 bulan maut dalam kemalangan.

Terkini, memetik laporan dari sebuah portal tempatan Mynewshub, telah terbit sebuah page “Keadilan untuk Familia Myvi Club’ di laman Facebook.


Menerusi page tersebut, video rakaman CCTV memaparkan keenam-enam Myvi sedang memecut kenderaan masing-masing di lebuh raya Duke yang kini tersebar, telah disangkal dengan menyatakan video tersebut adalah palsu dan diedit.

“Terdapat kesan khas, time lapse mungkin buatkan video ini nampak laju. Cyber bullying memang betol wujud. Subhannallah. Sabar.”

Menurut mereka, video tersebut telah diedit dengan kesan time lapse digunakan bagi membuktikan yang keenam-enam Myvi tersebut dipandu dengan laju.

Buat pengetahuan anda, time lapse adalah kesan ‘fast-foward’ sesebuah video yang dilajukan bagi mempercepatkan durasi video.

Tidakkah mereka terfikir, jika video tersebut dikatakan telah diubah dengan menggunakan time lapse, pastinya kesan cahaya di hujung lampu belakang kereta akan menjadi panjang akibat proses pemendekkan masa.

Kenderaan lain yang melalui tol tersebut juga, dapat dilihat berhenti di palang seperti biasa sebelum bergerak dengan kelajuan normal, jadi di mana kesan time lapse tersebut?


Category Article

What's on Your Mind...