10 Peraturan Pelik Yang Terdapat Di Negara Britain

MUNGKIN kedengaran agak tak masuk akal, tapi ini merupakan di antara undang-undang lama British yang pernah diaplikasikan pada zaman dahulu.


1. Tidak dibenarkan mabuk di dalam pub.


Di bawah Akta Polis Metropolitan 1839, diharamkan untuk minum sehingga mabuk di dalam premis kelab dan pub.

2. Diharamkan menyanyikan lagu Happy Birthday di restoran.


Ini kerana lagu tersebut merupakan hak cipta terpelihara penciptanya, jadi ia dihalang dinyanyikan di mana-mana premis awam kerana melanggar akta hak cipta.

3. Tidak dibenarkan meluncur dalam salji.


4. Tidak dibenarkan membunyikan hon semasa memandu.


Jika ditangkap melakukan ini, walaupun anda hanya mahu memberi amaran atau sebagainya, orang yang membunyikan hon itu akan disaman sekiranya perbuatan itu diketahui pihak berkuasa.

5. Tidak dibenarkan membawa peralatan membina bangunan di jalanan.


6. Mesti membersihkan cermin dan tingkap kereta daripada timbunan salji sebelum memulakan perjalanan, jika tidak, anda boleh didenda sebanyak £1,000 (RM5,737).


7. Tidak dibenarkan berjual beli perniagaan ikan salmon mengikut Akta Salmon 1986.


8. Jika kenderaan anda tersadai atau rosak di perjalanan, mesti meninggalkan binatang peliharaan atau anjing dalam kenderaan tersebut sementara anda mendapatkan bantuan.


9. Tidak boleh menconteng wang kertas.


10. Tidak dibenarkan bermain layang-layang di tempat awam.


Senarai Undang-undang diatas adalah pelaksanaan yang diwujudkan pada zaman British terdahulu, kini sebahagian peraturan diatas tidak diamalkan lagi di negara tersebut.

Sumber: Mynewshub


Category Article

What's on Your Mind...