DENDA RM2,000 JIKA BERPAKAIAN KETAT



KUANTAN - Mana-mana wanita Islam yang berpakaian ketat atau mencolok mata di sepanjang bulan Ramadan di negeri ini, akan diberi amaran terlebih dahulu oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atau berdepan dengan denda wang ringgit.

Lapor portal Malaysian Digest, mana-mana wanita Islam yang ingkar dengan arahan itu akan didenda RM2,000 atau penjara setahun.

Menurut Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pihaknya akan kerap melakukan rondaan di bazaar negeri itu untuk mengesan wanita Islam berpakaian ketat, tidak sopan dan tidak sesuai.

"Mereka perlu mengelak dari memakai pakaian yang dimaksudkan di sepanjang bulan yang mulia ini.

"Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi," katanya.

Ditanya mengenai kategori berpakaian ketat, JAIP menjelaskan mereka tidak meletakkan sebarang ketetapan dalam etika berpakaian secara sopan. 

"JAIP tidak boleh menetapkan ciri-ciri pakaian ketat, tidak sopan dan sebagainya kerana apa yang dianggap tidak sopan oleh pegawai JAIP tidak semestinya dianggap sama seperti orang lain.

"Kita tidak ada hak juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai. Tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian kemas dan sopan walaupun hanya sekadar keluar rumah untuk membeli makan di bazaar ramadan.

Bagi wanita Islam yang tertangkap, mereka kana ditahan oleh JAP dan diberikan sesi kaunseling. Namun, jika mereka mengulangi kesalahan yang sama, JAP akan mengambil tindakan denda atau penjara. - THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...